Berita Publishing

Berita Publishing Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah Malaysia. Ditubuhkan pada 1973, ia dahulunya merupakan anak syarikat New Straits Times Press sebelum diambil alih oleh Alaf Positif dan merupakan antara syarikat penerbitan buku yang tertua di Malaysia.[1]Syarikat ini telah menerbitkan sejumlah majalah dan bahan bacaan lain termasuk I-Remaja, Anjung Seri, Jelita dan Malaysian Business. Berita Publishing juga menerbitkan sejumlah siri komik karya Lat termasuk Kampung Boy.[1]Pada Julai 2015, Berita Publishing mengumumkan bahawa ia akan menghentikan perniagaan penerbitan majalah berikutan aliran menurun perniagaan am dan pengenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas majalah.[2]